Thursday, October 21, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri - Siri 5


Agak lama kami menyepi. Sepi bukan bermakna kami diam. Tetapi aktif memerhatikan gelagat dato arif berhadapan dengan kes-kesnya. Aktif melihat profesionalisme JPA menangani isu beliau. Dan aktif juga memerhatikan cara SPRM Selangor mengendalikan kes beliau.

Tidak dinafikan dato arif begitu terkesan dengan beberapa siri pendedahan yang dibuat oleh skandalselangor.blogspot.com. Dalam bulan puasa yang lalu, kita dapat melihat beberapa keganjilan dalam tingkah laku dan tata kerja dato arif. Beliau kelihatan amat jarang menghadiri majlis-majlis rasmi berbuka puasa walaupun dihadiri oleh Tuanku Sultan Selangor seperti lazimnya. Dan kalau hadirpun kelihatan beliau tidak begitu selesa untuk bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang lain. Mungkin juga beliau baru menyedari yang beliau tidak punya ramai “teman sejati” dikalangan pegawai kerajaan.

Yang lebih memeranjatkan, beliau telah mengumumkan dihadapan kakitangan beliau pada bulan puasa yang lalu bahawa beliau tidak akan mengadakan rumah terbuka pada syawal tahun ini seperti lazimnya dan tidak ada lagi ‘duit raya’ daripada beliau kepada mereka semua. Rupa-rupanya dato arif sentiasa memberi duit raya kepada kakitangan beliau saban tahun sebanyak beberapa ratus ringgit seorang. Banyak juga duit dato arif rupanya – sehingga boleh memberi bonus sendiri kepada kakitangan beliau.

Bagi kami, pengumuman beliau itu tidaklah begitu menghairankan. Kerana beliau mungkin sudah dapat mengagak bahawa hayat beliau di Selangor sudah tidak panjang. Daripada beberapa siri pertemuan beliau dengan KPPA, dato arif sudah menghidu mungkin beliau akan di “pool” kan.

Namun begitu, orang seperti dato arif bukannya “kecik anak”. Otaknya bergeliga, langkahnya panjang dan tidak begitu mudah menyerah kalah. Sebab itulah sehinggga hari ini beliau tidak boleh di apa-apakan oleh SPRM terutamanya SPRM Selangor walaupun kesnya telah dilaporkan. Nampaknya memang sah pengarah SPRM Selangor adalah penakut dan mudah dibeli oleh dato arif. Namun tidak mengapa...kerana kami telah berjumpa dengan Pengarah SPRM negeri lain yang telah sanggup dan lebih berani untuk menyiasat kes beliau dalam masa yang terdekat.

Diantara kes lain selain daripada kes salahguna kuasa dato arif dalam perlantikan kontraktor untuk kerja-kerja MARIS, kami difahamkan bahawa isu penggunaan duit RM40 ribu yang sepatutnya digunakan untuk rumah terbuka juga akan disiasat. Sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Selangor beliau telah diberikan wang peruntukan sebanyak RM40 ribu untuk digunakan bagi tujuan mengadakan rumah terbuka sempena hari raya yang lalu, tetapi beliau didapati tidak menggunakan bagi tujuan tersebut tetapi untuk tujuan yang lain.

Agak melucukan apabila pada hari terakhir syawal, dato arif tiba-tiba seperti terdesak mengadakan satu majlis rumah terbuka TAPI TERTUTUP untuk kakitangannya sahaja. Dan dalam majlis tersebut beliau mengumumkan bagaimana beliau membelanjakan duit RM40ribu tersebut. Walau apapun alasan dato arif, kami ada bukti bahawa majlis tersebut diambil daripada duit kelab kakitangan dan bukannya daripada peruntukan 40ribu kerajaan negeri. Yang pastinya duit peruntukan daripada kerajaan negeri RM40ribu untuk tujuan rumah terbuka sempena hari raya telah disalahgunakan oleh dato arif bagi tujuan lain selain dari yang ditetapkan.

Kami juga mendapat maklum bahawa dato arif sudah mula menggerakkan langkah untuk cuba mempengaruhi Tuanku Sultan Selangor dalam isu jawatan beliau kerana Sultan sememangnya mempunyai peranan tertentu dalam menentukan jawatan pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Beliau telah cuba mendapatkan pertolongan daripada “rakan baik” Sultan Selangor seperi Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir (Jojo) dan Dato Mohamad Salim Fakeh Din (Pengarah Urusan Kumpulan Gapurna) untuk cuba menasihat dan mempengaruhi Sultan Selangor dalam mengekalkan jawatan beliau di Selangor seterusnya menggantikan Dato Ramli sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Entah apalah pula yang dijanjikan dato arif kepada Jojo dan dato Salim sekiranya beliau menjadi SS nanti.

Walaubagaimanapun kami masih percaya dan yakin kepada profesionalisme dan kewibawaan Sultan Selangor dan kami tidak fikir yang baginda sebegitu mudah untuk “dibeli” dan dipengaruhi sehingga sanggup mencampuri urusan JPA dalam mempertahankan seorang pegawai tinggi kerajaan yang korup dan rasuah seperti dato arif.

Untuk siri berikutnya kami akan dedahkan campurtangan dato arif dalam beberapa syarikat anak kerajaan negeri Selangor dan apakah hubungan beliau dengan YB Azmin......tungguuuu...